Sunday, 30 November 2014
Sunday, 21 September 2014
Friday, 5 September 2014
Thursday, 24 July 2014
7 Tips Memajukan Perniagaan
Setiap perniagaan yang diusahakan mempunyai harapan yang tinggi,
agar perniagaan itu terus maju dan berjaya serta dapat mengubah masa depan agar
tidak ditindas pihak lain. Tiada sesiapa yang mengharap perniagaan yang
dijalankan musnah dengan wang ringgit yang dikeluarkan. Namun, tidak semua
perniagaan yang diusahakan mampu menetapkan jumlah pelanggan di dalam atau di
luar negara. Tidak kira sebarang jenis perniagaan yang dijalankan samada
melibatkan penjualan produk, servis, nasihat dan sebagainya. Kecekalan dan
semangat yang kental sangat diperlukan bagi memastikan cita-cita yang diimpikan
tercapai. Perniagaan ini bukan sesuatu yang boleh dicapai dengan mudah. Kerana
ia mengambil masa dan memakan tempoh yang agak panjang. Sambutan pelanggan
dalam perniagaan yang dijalankan mempunyai beberapa cara untuk dicapai.
Beberapa tips ini perlu diamalkan bagi memastikan perniagaan yang
dijalankan menjanjikan pulangan yang lumayan dan memberangsangkan. Perkara
pertama yang perlu kita amalkan adalah tips untuk mempelajari tentang keadaan
kawasan yang menjadi tempat untuk memulakan perniagaan. Jika kita memulakan
perniagaan yang padat dengan penduduk dan menjadi pusat pentadbiran, hasilnya
akan positif. Sebaliknya jika kita membuka perniagaan di kawasan kampung yang
tiada kemudahan dan sambutan ramai maka, perniagaan kita tidak akan bertahan
lama.
Mengkaji tentang suasana dan kedudukan
Kita perlu mengkaji tentang latar dan faktor kedudukan tempat baru
itu. Jika ia merupakan kawasan yang didiami pelajar dan pekerja, membuka kedai
dobi adalah cadangan yang baik. Kerana golongan seperti ini lebih cenderung
untuk menghantar pakaian yang kotor kedai dobi dari dicuci sendiri. Jangan pula
di kawasan seperti itu kita mulakan dengan perniagaan besi buruk dan barang
kitar semula. Selain itu, kawasan seperti ini juga sesuai dibuka perniagaan
makanan dan minuman. Kerana pelajar dan pekerja sentiasa memerlukan tenaga
untuk pergi belajar dan pergi bekerja. Katakan juga keinginan untuk memulakan
kedai alat tulis dan perkhidmatan potostet di kawasan yang sama. Pendek kata,
sesuatu kawasan itu perlu dikaji terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaan.
Kerana perniagaan ini bukan untuk suka-suka dan main-main, sebaliknya sesuatu
yang serius dan berat.
Mencari rakan kongsi yang boleh dipercayai
Tips yang seterusnya adalah mencari rakan kongsi yang boleh
dipercayai. Bukan sekadar seorang yang mempunyai wang untuk dilaburkan sahaja.
Setidak-tidaknya minat dan hobi pada benda yang sama akan menampakkan lagi
usaha yang dijalankan. Kerana manusia tidak akan jemu dan bosan melakukan
sesuatu yang menjadi kegemaran mereka. Katakan Yusri dan Lisa mempunyai minat
yang sama dalam bidang penerbitan dan periklanan. Jadi, mereka telah bersetuju
dan melaburkan sejumlah wang untuk memulakan perniagaan ini di sebuah kawasan
yang menjadi tumpuan. Kerana minta dan pendapat dalam bidang yang sama sangat
tinggi, perniagaan mereka semakin maju. Kerana masing-masing memberi komitmen
yang baik dalam perniagaan ini. Bukan hanya seorang sahaja yang perlu bekerja,
sebaliknya kedua-dua belah pihak rakan kongsi ini. Pendek kata, perniagaan
mereka maju kerana minat dan hobi dalam bidang yang sama.
Bermula secara kecil-kecilan
Tidak semua perniagaan itu perlu diusahakan secara besar-besaran
yang menelan belanja sehingga jutaan ringgit. Sekadar sebagai hobi dan minat
untuk memenuhi masa dan boleh dijadikan sebagai pendatan sambilan sudah
memadai. Contohnya Pak Abas yang menjalankan perniagaan menjual kerepek di
kampungnya. Perniagaan ini adalah perniagaan warisan daripada ayahnya dahulu.
Jadi, Pak Abas membantu ayahnya yang telah tua kerana sudah tidak mampu
melakukan pekerjaan berat lagi. Semakin lama, minatnya telah mendalam dalam
dunia perniagaan dan dia menguruskan sepenuhnya perniagaan ini selepas kematian
ayahnya. Pada awal penglibatan dalam dunia penjualan kerepek, arwah ayah Pak
Abas berniaga dengan menaiki motorsikal sahaja. Selepas Pak Abas mengambil
alih, dia telah membuat pinjaman dengan bank untuk mendirikan sebuah kilang
pembuatan kerepak yang terletak di belakang rumahnya. Pendapatanya semakin maju
tambahan pula semasa musim perayaan dan juga musim perkahwinan. Kerana Pak Abas
telah mendapat pengalaman yang banyak semasa membantu arwah ayahnya dahulu.
Kini, Pak Abas telah mendirikan lima buah kilang di daerah dalam negerinya.
Mengupah pekerja yang boleh dipercayai
Setelah mempunyai kedudukan yang baik dalam perniagaan yang
diceburi, pasti kita ingin meluaskan perniagaan itu. Katakan perniagaan kedai
pakaian lelaki dan wanita. membuka cawangan baru memerlukan lebih ramai
perkerja untuk menguruskannya. Maka, kita perlu mengupah orang yang boleh
dipercayai untuk memastikan perniagaan yang diusahakan selama ini tidak
dirosakkan mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan kita. Mungkin kita boleh mengupah
jiran yang telah lama kita kenali sebelum memulakan perniagaan itu atau juga
mengupah kawan-kawan yang sudah kita maklum dengan hati budi mereka. Jika
tidak, perniagaan kita akan musnah berikutan ada pihak yang iri hati dengan
kesenangan dan kemewahan yang kita capai. Oleh sebab itu, kita perlu menjalin
perhubungan yang baik dan tidak bermusuh dengan semua orang agar kita juga
selamat dan perniagaan kita terus maju.
Mempunyai strategi yang berkesan
Selain itu, untuk memastikan sesebuah perniagaan itu berjaya, kita
juga perlu mempunyai strategi yang berkesan. Bukan sahaja perniagaan, setiap
pekerjaan yang dilakukan juga memerlukan perancangan yang sempurna. Jika tidak
impian itu akan musnah di pertengahan jalan. Contohnya memulakan perniagaan
dalam bidang ubat-ubatan dan farmasi. Dalam dunia yang serba canggih dan maju
ini, kita sering dihantui dan dibayangi dengan pelbagai wabak penyakit yang
disebabkan penyalahgunaan bahan kimia industri, wabak penyakit yang disebabkan
bahan kimi berlebihan dalam bekalan makanan seperti sayur dan wabak penyakit
berjangkit yang mudah disebarkan melalui migrasi manusia atau haiwan. Wabak
penyakit berbahaya memang sukar untuk diubati, tetapi kita masih mempunyai
peluang untuk mencegahnya. Maka, perniagaan dalam bidang ubat-ubatan dan
farmasi sentiasa mendapat sambutan yang baik kerana kita tidak mampu menjangka
saat kita akan ditimpa penyakit. Perniagaan ini adalah perniagaan yang mampu
memberi keuntungan kepada pengusaha. Masyarakat hari ini juga semakin bijak
untuk menentukan ubat yang berkesan bagi penghalang penyakit merebak.
Mendengar dan mengikuti kemahuan pelanggan
Pihak yang akan menentukan jatuh bangun sesebuah perniagaan itu
adalah pelanggan dan orang ramai. Maka, hasrat dan kemahuan mereka perlu
diambil kira dan tidak boleh dipandang ringan. Jika tidak, pelanggan akan lari
dan kita yang akan mengalami kerugian kerana gagal memenuhi kehendak mereka.
Sekurang-kurangnya kehendak pelanggan memberikan kita sesuatu yang baru untuk
dicuba dalam dunia perniagaan itu. Contoh yang paling rapat dengan masyarakat
adalah perniagaan francais iaitu McDonalds, yang berjaya meluaskan perniagaan
ke serata dunia. McDonalds di India telah menyediakan menu khas bagi penduduk
India dengan menyediakan burger ayam. Mereka telah tampil dengan Chicken
Maharaja Mac, kerana meraka tidak boleh memakan daging. Selain itu, di Itali
pula, mereka telah menyediakan burger yang disajikan dengan daging khinzir. Di
Norway pula, burger telah disajikan dengan kepingan daging ikan salmon yang
menjadi kegemaran penduduknya. Manakala di Thailand, ia juga disajikan dengan
memasukkan perisa tomyam yang disesuaikan dengan selera pelanggan. Tidak kurang
hebat juga dengan McDonalds di Malaysia.
Bersedia untuk memulakan perniagaan yang besar
Perniagaan yang semakin maju menjadi idaman semua usahawan. Tetapi
adakah kita sudah bersedia untuk memulakan perniagaan ke peringkat yang
seterusnya? Kejayaan kita mampu diukur setelah kita melihat dan merasakan
sambutan yang diterima ramai orang. Katakan dulu Iqbal hanya menjual laksa
dengan menaiki motorsikal sahaja. Selepas 5 tahun bersusah-payah, dia telah
mengumpul wang yang banyak dan membuka sebuah kedai laksa bersama adik
lelakinya. Memang cita-cita Iqbal untuk membuka sebuah kedai laksa daripada
resipi arwah ibunya. Dia telah bersedia dengan sepenuhnya. Dengan pembukaan
kedai baru itu, Iqbal menjadi semakin bersemangat untuk bekerja dan juga untuk
merubah masa depannya. Semakin hari, perniagaannya semakin maju. Kerana Iqbal
sudah mempunyai pelanggan tetap selama 5 tahun sepanjang dia berniaga menaiki
motorsikal roda tiga.
Secara kesimpulannya, tips ini perlu diamalkan agar perniagaan
yang kita ceburi itu menampakkan hasil dengan titik peluh yang dikorbankan.
Kegagalan dan jatuh bangun dalam perniagaan adalah lumrah dan kita perlu
bersedia dengan semua kemungkinan yang bakal tiba. Sekali jatuh bukan bermakna
kita akan jatuh selamanya. Jadikan perkara ini sebagai pembakar semangat. Pokok
pangkal untuk berjaya dalam bidang perniagaan adalah minat yang mendalam,
kegigihan dan juga usaha yang tidak pernah kenal penat lelah. Dalam erti kata
yang mudah, setiap usaha yang kita lakukan pasti akan membuahkan hasil apabila
tiba masanya nanti. Berusaha dan terus berdoa agar urusan kita
dipermudahkan-Nya.
Wednesday, 9 July 2014
Tuesday, 8 July 2014
Monday, 7 July 2014
USAHAWAN MUDA MALAYSIA
PENGENALAN
Dato’ Sharifuddin Bin Dato’ Haji Musa telah dilahirkan pada 5
haribulan Mei 1972 di Marang, Terengganu. Beliau adalah anak ke enam dari 9
orang adik – beradik kepada pasangan Dato’ Haji Musa Bin Haji Ibrahim dan dato’
Puan Hajjah Rokiah bin Haji Hasbu. Kehidupan beliau semasa zaman kanak – kanak
amat sukar kerana pada waktu itu bapa beliau hanyalah seorang penjual sate. Pada usia beliau kurang 10 tahun,
beliau telah mengikut keluarganya berhijrah ke Kuala Lumpur.
Bapanya kemudian membuka sebuah restoran di kampung Baru
Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Federal Malay Restoran. Pada waktu itu
kehidupan adalah sukar kerana beliau dan keluarga beliau terpaksa tidur di atas
meja restoran yang disusun menjadi katil kerana tiada ruang khas untuk tidur.
Setelah menamatkan zaman persekolahan dengan keputusan SRP
yang tidak begitu memberangsangkan, beliau mula mencari kerja yang dirasakan
sesuai dengan kelulusannya. Menurut beliau, pada ketika itu beliau sangat
menyesal kerana tidak belajar bersungguh – sungguh dan memiliki keputusan yang
cemerlang, Antara kerja yang pernah beliau lakukan ialah budak penghantar
surat, menghantar barang, menjual air tapisan, menjadi buruh binaan, menjadi
pelukis pelan dan pekerja dewan makan.
Beliau yang amat meminati seni lukis ini telah mempergunakan
bakat yang ada pada beliau untuk melukis plan dan mencari rezeki dengan cara
tersebut.
PERINTIS KEJAYAAN
( Rumah Contoh )
Sedikit sinar mula kelihatan apabila beliau telah diberi
kepercayaan oleh seseorang untuk menukar plan tumah setinggan kepada rumah
teres satu tingkat. Bermula dari saat itu, beliau mula merasa yakin bahawa
hobinya yang suka akan bidang seni boleh menjana pendapatan untuknya.
Pada ketika itu ramai tuan rumah di sekitar Bukit Belacan
ingin menukar rumah papan mereka kepada rumah batu dan Dato’ Sharifuddin tidak
melepaskan peluang tersebut untuk merebut peluang yang ada sehinggakan beliau
telah Berjaya membina sehingga 30 buah rumah batu baru di kawasan itu pada
waktu tersebut. Purata keuntungan sebuah rumah pada waktu berkenaan ialah
Antara RM 5000 sehingga RM 30,000 dimana bagi seseorang yang baru berusia 18
tahun, pendapatan sebegitu memanglah sesuatu yang amat luar biasa.
Namun bagi beliau memori kehidupan pada waktu itu akan terus
bermain di kepala beliau kerana pada waktu itu beliaulah bos dan beliaulah
kuli, sehinggakan kereta Proton Saga yang digunakan beliau pada waktu itu pun
dijadikan sebagai medium pengangkutan untuk mengangkut bahan binaan. Apabila di
tanya, ‘kalau keluar dengan awek diorang tak bising ke dengan kesan-kesan
barang binaan dalam kereta tu’? Beliau menjawab soalan itu dengan berkata
sambil ketawa, “ saya jawablah kat diorang tu yang awak suka kat saya ke kat
kereta saya”
Dato’Sharifuddin tidak lagi memandang kebelakang lagi. Beliau
pun mula menceburkan diri dalam sektor pembekalan makanan. Pengalamannya
bekerja sebagai kakitangan dewan makna digunakan sepenuhnya dalam menguruskan
syarikat beliau. Hasilnya, syarikat perniagaan beliau mula mendapat tender
membekal bahan mentah dan bermasak ke sekolah, kem-kem tentera, maktab polis
dan pelbagai agensi yang lain.
Dengan pangalaman yang ada, beliau merangka strategi
berlandaskan konsep kos yang minima menghasilkan keuntungan yang tinggi tanpa
menjejaskan kualiti perkhidmatan. Pada
waktu ini, beliau mula berpegang pada prinsip “ Segala yang menjadi kegunaan
bagi manusia adalah duit buatnya.”Sebagai contoh, rumah digunakan oleh manusia,
maka pembinaannya takkan putus dan itu satu perniagaan buatnya. Begitu juga
dalam bidang pemakanan, hari-hari manusia akan makan, maka hari-hari lah manusia
akan membeli makanan baru. Apabila di tanya bagaimana pula dengan industri
pembuatan plastik? Dato’ Sharifuddin berkata,” plastik juga tiada bezannya
kerana setiap hari manusia menggunakan plastik, selepas pakai, mereka akan
membuangnya, Jadi operasi kilang itu akan sentiasa berjalan kerana tempahan
tidak akan putus’. Melihat peluang perniagaan dan perolehan yang tidak putus”.
Kilang ini dibeli khas untuk menumpukan projek dengan
Petronas dan syarikat – syarikat pembuat material plastik. Menurut beliau juga,
untuk menjalankan tanggungjawab sosialnya menjaga alam sekitar, Bahagian
Pembangunan Perniagaan Syarikat beliau juga telah berjaya mencipta plastik yang
boleh diuraikan atau dilupuskan. Segalanya bergantung kepada kehendak
pelanggannya.
PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN. Non Government Organisation ( NGO
)
Satu perkara menarik tentang Dato’ Sharifuddin ini ialah,
walupun beliau sibuk dengan dunia perniagaan, beliau masih aktif dalam beberpa
NGO atau Pertubuhan Bukan Kerajaan. Menurut beliau, pembabitan beliau dalam
beberapa NGO ini sebenarnya banyak membantu beliau terutama sekali membaiki
penampilan dan keyakinan diri.
Pergaulan tanpa mengira bangsa dan usia di dalam NGO tersebut
secara tidak langsung mengajar beliau bagaimana untuk membawa diri dan bergaul
dengan orang ramai. Selain itu, menurut beliau, pembabitan dalam NGO ini juga
dapat menguji sekuat mana pengaruh beliau dalam masyarakat kerana di dalam NGO,
Pengurusan adalah berdasarkan pengaruh dan bukannya kuasa seperti dalam
organisasi Syarikat. Persatuan dan kelab yang beliau sertai ialah :
Beliau menjadi ahli KLBC bagi
memenuhi tuntutan hobi beliau yang sangat meminati motosikal berkuasa tinggi.
Keinginan beliau untuk memiliki motosikal berkuasa tinggi mendorong beliau
untuk bekerja dengan lebih kuat lagi sejak selepas zaman persekolahannya. Pada
usianya 18 tahun, beliau telah memiliki motosikal berkuasa tinggi yang pertama
iaitu Kawasaki ZX-7R Ninja yang berkuasa 750cc.
Sehingga kini beliau memiliki 4 buah
motosikal berkuasa tinggi selain daripada Kawasaki ZX-7R Ninja yang menjadi
motor kesayangannya. Empat model yang lain ialah Honda Fireblade, Harley
Davidson Fatboys, Harley Davidson Shadow dan Honda Goldwing 1500cc. Bila
ditanya kenapa ada pelbagai jenis motosikal yang menjadi koleksinya, beliau
menjawab “ Setiap jenis motorsikal ada kelebihan tersendiri dan digunakan untuk
tujuan tertentu.
Sumbangan Dato’ Sharifuddin di dalam
KLBC telah diiktiraf ahli kelab tersebut yang telah memilih beliau untuk
menjadi Presiden KLBC sejak tahun 2004 lagi sehinggalah beliau telah memberi
laluan kepada Personaliti Maznah Zulkifli untuk menjadi Presiden yang baru pada
2011. Antara aktiviti yang dijalankan oleh kelab tersebut yang rata-ratanya
terdiri dari pemilik motorsikal berkuasa tinggi ialah jelajah ke seluruh
Negara, konvoi ke Negara jiran, meraikan anak yatim dan membantu orang yang
kurang berupaya. Beliau kini dilantik menjadi Penasihat Kelab tersebut. Perkara
yang menarik tentang Dato’ Sharifuddin berkaitan motorsikal ini ialah, beliau
Berjaya memiliki motosikalnya sebelum mengambil lessen motor ‘B’ full.
2.
DEWAN
PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA KUALA LUMPUR ( DPMMKL )
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia
Kuala Lumpur adalah suatu pertubuhan yang mewakili suara-suara para peniaga
bumiputera di sekitar Kuala Lumpur. Di dalam persatuan ini, Dato sharifuddin
telah memainkan beberapa peranan yang amat penting. Antaranya ialah lawatan
dagang ke Negara Jiran seperti Thailand dan Indonesia yang membuka laluan untuk
perniaga bumiputera membuka perniagaan di sana.
Sumbangan dan jasa Yang Berbahagia
Dato’ telah diiktiraf ahli apabila telah dipilih sejak tahun 2005 sehingga kini
untuk menganggotai Ahli Jawatankuasa DPMMKL. Selain daripada itu, beliau juga
telah dilantik sebagai Fasilitator Dewan Muda DPMMKL.
Dengan peranan sebagai Fasilitator
ini, beliau telah melatih ramai usahawan-usahawan muda yang baru berjinak-jinak
dalam bidang perniagaan. Beliau juga telah menyediakan kemudahan untuk berniaga
di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur dengan lebih 200 ruang berniaga
disediakan.Di samping itu, beliau juga telah dijadikan mentor di institusi
Pengajian Tinggi Awam.
3.
PERSATUAN
ANAK-ANAK TERENGGANU, SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR ( PESAT )
Persatuan Anak – Anak Terengganu, Selangor dan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur adalah satu persatuan yang diwujudkan untuk membantu
mereka yang berasal dari negeri berkenaan yang berhijrah dan berkelana ke
Selangor dan Kuala Lumpur atas sebab berniaga, melanjutkan pelajaran atau lain
– lain sebab yang berkaitan.Di dalam PESAT ini, Dato ‘Sharifuddin telah dipilih
untuk menganggotai Ahli Jawatankuasa PESAT sejak tahun 2002 lagi.
Persatuan ini di tubuhkan untuk
menguruskan aktiviti riadah dan rekreasi kakitangan Syarikat Federal Malay
Holdings Sdn. Bhd. dan anak – anak syarikatnya,Kelab ini dijadikan sebagai
landasan untuk merapatkan perhubungan antara pengurusan syarikat dan kakitangan
bawahnnya.
Antara aktiviti yang di jalankan oleh
SSC ialah Hari Keluarga, Pertandingan Bowling, Pertandingan Futsal, Sambutan
Hari Raya dan Ibadah Qurban beramai – ramai. Kerana ketokohan beliau, beliau
telah dilantik menjadi Penasihat persatuan ini. Pada diri beliau, SSC ini
adalah sangat penting kerana persatuan ini adalah ‘Aset’ yang amat berharga
bagi dirinya terutama dalam bidang perniagaan yang beliau ceburi.
Subscribe to:
Posts (Atom)