Monday, 7 July 2014

USAHAWAN MUDA MALAYSIA


PENGENALAN

Dato’ Sharifuddin Bin Dato’ Haji Musa telah dilahirkan pada 5 haribulan Mei 1972 di Marang, Terengganu. Beliau adalah anak ke enam dari 9 orang adik – beradik kepada pasangan Dato’ Haji Musa Bin Haji Ibrahim dan dato’ Puan Hajjah Rokiah bin Haji Hasbu. Kehidupan beliau semasa zaman kanak – kanak amat sukar kerana pada waktu itu bapa beliau hanyalah seorang penjual  sate. Pada usia beliau kurang 10 tahun, beliau telah mengikut keluarganya berhijrah ke Kuala Lumpur.

Bapanya kemudian membuka sebuah restoran di kampung Baru Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Federal Malay Restoran. Pada waktu itu kehidupan adalah sukar kerana beliau dan keluarga beliau terpaksa tidur di atas meja restoran yang disusun menjadi katil kerana tiada ruang khas untuk tidur.
Setelah menamatkan zaman persekolahan dengan keputusan SRP yang tidak begitu memberangsangkan, beliau mula mencari kerja yang dirasakan sesuai dengan kelulusannya. Menurut beliau, pada ketika itu beliau sangat menyesal kerana tidak belajar bersungguh – sungguh dan memiliki keputusan yang cemerlang, Antara kerja yang pernah beliau lakukan ialah budak penghantar surat, menghantar barang, menjual air tapisan, menjadi buruh binaan, menjadi pelukis pelan dan pekerja dewan makan.
Beliau yang amat meminati seni lukis ini telah mempergunakan bakat yang ada pada beliau untuk melukis plan dan mencari rezeki dengan cara tersebut.


PERINTIS KEJAYAAN


( Rumah Contoh )

Sedikit sinar mula kelihatan apabila beliau telah diberi kepercayaan oleh seseorang untuk menukar plan tumah setinggan kepada rumah teres satu tingkat. Bermula dari saat itu, beliau mula merasa yakin bahawa hobinya yang suka akan bidang seni boleh menjana pendapatan untuknya.
Pada ketika itu ramai tuan rumah di sekitar Bukit Belacan ingin menukar rumah papan mereka kepada rumah batu dan Dato’ Sharifuddin tidak melepaskan peluang tersebut untuk merebut peluang yang ada sehinggakan beliau telah Berjaya membina sehingga 30 buah rumah batu baru di kawasan itu pada waktu tersebut. Purata keuntungan sebuah rumah pada waktu berkenaan ialah Antara RM 5000 sehingga RM 30,000 dimana bagi seseorang yang baru berusia 18 tahun, pendapatan sebegitu memanglah sesuatu yang amat luar biasa.

Namun bagi beliau memori kehidupan pada waktu itu akan terus bermain di kepala beliau kerana pada waktu itu beliaulah bos dan beliaulah kuli, sehinggakan kereta Proton Saga yang digunakan beliau pada waktu itu pun dijadikan sebagai medium pengangkutan untuk mengangkut bahan binaan. Apabila di tanya, ‘kalau keluar dengan awek diorang tak bising ke dengan kesan-kesan barang binaan dalam kereta tu’? Beliau menjawab soalan itu dengan berkata sambil ketawa, “ saya jawablah kat diorang tu yang awak suka kat saya ke kat kereta saya”

Dato’Sharifuddin tidak lagi memandang kebelakang lagi. Beliau pun mula menceburkan diri dalam sektor pembekalan makanan. Pengalamannya bekerja sebagai kakitangan dewan makna digunakan sepenuhnya dalam menguruskan syarikat beliau. Hasilnya, syarikat perniagaan beliau mula mendapat tender membekal bahan mentah dan bermasak ke sekolah, kem-kem tentera, maktab polis dan pelbagai agensi yang lain.




Dengan pangalaman yang ada, beliau merangka strategi berlandaskan konsep kos yang minima menghasilkan keuntungan yang tinggi tanpa menjejaskan  kualiti perkhidmatan. Pada waktu ini, beliau mula berpegang pada prinsip “ Segala yang menjadi kegunaan bagi manusia adalah duit buatnya.”Sebagai contoh, rumah digunakan oleh manusia, maka pembinaannya takkan putus dan itu satu perniagaan buatnya. Begitu juga dalam bidang pemakanan, hari-hari manusia akan makan, maka hari-hari lah manusia akan membeli makanan baru. Apabila di tanya bagaimana pula dengan industri pembuatan plastik? Dato’ Sharifuddin berkata,” plastik juga tiada bezannya kerana setiap hari manusia menggunakan plastik, selepas pakai, mereka akan membuangnya, Jadi operasi kilang itu akan sentiasa berjalan kerana tempahan tidak akan putus’. Melihat peluang perniagaan dan perolehan yang tidak putus”.

Kilang ini dibeli khas untuk menumpukan projek dengan Petronas dan syarikat – syarikat pembuat material plastik. Menurut beliau juga, untuk menjalankan tanggungjawab sosialnya menjaga alam sekitar, Bahagian Pembangunan Perniagaan Syarikat beliau juga telah berjaya mencipta plastik yang boleh diuraikan atau dilupuskan. Segalanya bergantung kepada kehendak pelanggannya.


PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN. Non Government Organisation ( NGO )

Satu perkara menarik tentang Dato’ Sharifuddin ini ialah, walupun beliau sibuk dengan dunia perniagaan, beliau masih aktif dalam beberpa NGO atau Pertubuhan Bukan Kerajaan. Menurut beliau, pembabitan beliau dalam beberapa NGO ini sebenarnya banyak membantu beliau terutama sekali membaiki penampilan dan keyakinan diri.

Pergaulan tanpa mengira bangsa dan usia di dalam NGO tersebut secara tidak langsung mengajar beliau bagaimana untuk membawa diri dan bergaul dengan orang ramai. Selain itu, menurut beliau, pembabitan dalam NGO ini juga dapat menguji sekuat mana pengaruh beliau dalam masyarakat kerana di dalam NGO, Pengurusan adalah berdasarkan pengaruh dan bukannya kuasa seperti dalam organisasi Syarikat. Persatuan dan kelab yang beliau sertai ialah :


1.      KUALA LUMPUR BIKERS CLUB ( KLBC )





Beliau menjadi ahli KLBC bagi memenuhi tuntutan hobi beliau yang sangat meminati motosikal berkuasa tinggi. Keinginan beliau untuk memiliki motosikal berkuasa tinggi mendorong beliau untuk bekerja dengan lebih kuat lagi sejak selepas zaman persekolahannya. Pada usianya 18 tahun, beliau telah memiliki motosikal berkuasa tinggi yang pertama iaitu Kawasaki ZX-7R Ninja yang berkuasa 750cc.
Sehingga kini beliau memiliki 4 buah motosikal berkuasa tinggi selain daripada Kawasaki ZX-7R Ninja yang menjadi motor kesayangannya. Empat model yang lain ialah Honda Fireblade, Harley Davidson Fatboys, Harley Davidson Shadow dan Honda Goldwing 1500cc. Bila ditanya kenapa ada pelbagai jenis motosikal yang menjadi koleksinya, beliau menjawab “ Setiap jenis motorsikal ada kelebihan tersendiri dan digunakan untuk tujuan tertentu.

Sumbangan Dato’ Sharifuddin di dalam KLBC telah diiktiraf ahli kelab tersebut yang telah memilih beliau untuk menjadi Presiden KLBC sejak tahun 2004 lagi sehinggalah beliau telah memberi laluan kepada Personaliti Maznah Zulkifli untuk menjadi Presiden yang baru pada 2011. Antara aktiviti yang dijalankan oleh kelab tersebut yang rata-ratanya terdiri dari pemilik motorsikal berkuasa tinggi ialah jelajah ke seluruh Negara, konvoi ke Negara jiran, meraikan anak yatim dan membantu orang yang kurang berupaya. Beliau kini dilantik menjadi Penasihat Kelab tersebut. Perkara yang menarik tentang Dato’ Sharifuddin berkaitan motorsikal ini ialah, beliau Berjaya memiliki motosikalnya sebelum mengambil lessen motor ‘B’ full.


2.      DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA KUALA LUMPUR ( DPMMKL )




Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur adalah suatu pertubuhan yang mewakili suara-suara para peniaga bumiputera di sekitar Kuala Lumpur. Di dalam persatuan ini, Dato sharifuddin telah memainkan beberapa peranan yang amat penting. Antaranya ialah lawatan dagang ke Negara Jiran seperti Thailand dan Indonesia yang membuka laluan untuk perniaga bumiputera membuka perniagaan di sana.

Sumbangan dan jasa Yang Berbahagia Dato’ telah diiktiraf ahli apabila telah dipilih sejak tahun 2005 sehingga kini untuk menganggotai Ahli Jawatankuasa DPMMKL. Selain daripada itu, beliau juga telah dilantik sebagai Fasilitator Dewan Muda DPMMKL.

Dengan peranan sebagai Fasilitator ini, beliau telah melatih ramai usahawan-usahawan muda yang baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. Beliau juga telah menyediakan kemudahan untuk berniaga di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur dengan lebih 200 ruang berniaga disediakan.Di samping itu, beliau juga telah dijadikan mentor di institusi Pengajian Tinggi Awam.


3.      PERSATUAN ANAK-ANAK TERENGGANU, SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR ( PESAT )


Persatuan  Anak – Anak Terengganu, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah satu persatuan yang diwujudkan untuk membantu mereka yang berasal dari negeri berkenaan yang berhijrah dan berkelana ke Selangor dan Kuala Lumpur atas sebab berniaga, melanjutkan pelajaran atau lain – lain sebab yang berkaitan.Di dalam PESAT ini, Dato ‘Sharifuddin telah dipilih untuk menganggotai Ahli Jawatankuasa PESAT sejak tahun 2002 lagi.


4.      PERSATUAN SUKAN & SOSIAL FEDERAL MALAY HOLDINGS KUALA LUMPUR & SELANGOR ( FHM / SSC )




Persatuan ini di tubuhkan untuk menguruskan aktiviti riadah dan rekreasi kakitangan Syarikat Federal Malay Holdings Sdn. Bhd. dan anak – anak syarikatnya,Kelab ini dijadikan sebagai landasan untuk merapatkan perhubungan antara pengurusan syarikat dan kakitangan bawahnnya.

Antara aktiviti yang di jalankan oleh SSC ialah Hari Keluarga, Pertandingan Bowling, Pertandingan Futsal, Sambutan Hari Raya dan Ibadah Qurban beramai – ramai. Kerana ketokohan beliau, beliau telah dilantik menjadi Penasihat persatuan ini. Pada diri beliau, SSC ini adalah sangat penting kerana persatuan ini adalah ‘Aset’ yang amat berharga bagi dirinya terutama dalam bidang perniagaan yang beliau ceburi.